Friday, August 19, 2011

EPISOD 4 : Ramadhan Datang lagi!!






O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous


Jadi imam dan memberi tazkirah di surau. Usai dari tarawikh ada sedikit moreh yang disediakan.

Orang itu : “Berapa orang ade kat rumah ??”

Orang ini : “ Er,ade dalam 6 ke 7 orang “

Orang itu : “Nah!!”

Pulang bawa seplastik kuih dan nasi dagang.

Menghantar sms kepada housemate.“ GHANIMAH “.Ringkas.

Jem!!

_______________________________________________________________________

Ramadhan datang lagi..

Maka,sekali lagi persoalan tentang menahan perkara HARUS iaitu makan dan minum di siang hari dan segala perkara yang boleh membatalkan puasa berdendangan .

Nafsu dan selera makan dan minum yang bermacam ragam dihentikan seketika di bulan ini.

Berehat bererti mendidik..

Berehat bererti mentarbiyah..

Agar bisa nanti nafsu ini jadi NAFSU MUTMAINNAH..yang tenang dan damai..baru nanti aman dalam menemui RabbNya. Malah jiwa yang tenang ini dialu-alukan kedatangannya oleh KhaliqNya yang terlebih merindui padanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERHATI-HATI

Tragedi makanan moreh malam pertama Ramadhan tempoh hari pasti diingati oleh kami semua, sebuah pesanan ringkas yang padat.

Peristiwa ROTI NAN kalau diulang-ulang sebut oleh housemate saya pasti tergelak besar,masakan tidak baru beberapa hari sudah sebelum memasuki Ramadhan kami mengetahui tentang pekerja-pekerja sebuah restoran HALAL popular di kuantan yang didalamnya terdapat pekerja pelbagai Agama.

Tiba-tiba salah seorang dari kami dijamu moreh dengan ROTI NAN tersebut..Ah,pasti menyedihkan!!

Dan ,dalam masa yang sama GUGUR sebuah kepercayaan.

Juga datang sebuah keraguan.Ini hanya satu kes, agak-agak adakah lagi kes serupa ini yang bakal dijumpai.??

Teringat semula kata-kata ayah ketika kami sekeluarga sedang makan bersama.

“ Tuan-tuan guru dan orang-orang alim,mereka amat menjaga sumber dan tempat makanan mereka. Tak akan makan di kedai orang-orang yang tak solat

Itu baru mereka yang tidak bersolat..yang fasiq..Bagaimana pula dengan yang bercampur halal haramnya??

Dan Ramadhan ini sebagai sebuah medan muhasabah..

_______________________________________________________________________

PERHALUSI

Ramadhan datang lagi,

Makanan dan minuman yang dimakan setiap kita harus diselidiki dan diketahui seboleh mungkin akan asalnya,sumbernya dan keadaan manusia yang membuatnya.

Mangapa??

Kerna

1) Ia menjadi darah daging,setiap makanan kemudian bertukar menjadi tenaga..

Yang digunakan untuk menggerakkan amal dan ibadah.

Langsung,jika makanan yang dimakan seharian oleh kita sumbernya bercampur halal dan haram,syubahah..Bagaimana mungkin anggota badan yang memperoleh tenaga dari makanan mahu TAAT kepada Allah!!

makanan yang dimakan tidak mematuhi Allah, natijahnya : kurangnya BARAKAH……..

Lalu,amal ibadahnya menjadi lembab dan malas ,kesannya : Kurangnya BARAKAH…..

Dan kesannya yang terburuk…….AKHLAQ,AKHLAQ,AKHLAQ!!!!!!...

Akhlaq Mazmumah terpamer!

Allahu Robbi.Na’uzubillahi min zalik.

Mengapa lagi??

Kerna

2) ia menjadi darah daging di setiap sel-sel tubuhmu,dan ia juga kelak akan disalurkan kepada GENERASI sesudahmu.anak-anak dan cucu dari kerturunan mu.

Sedarilah dan Fahamilah

Kenapa Islam menggariskan HALALAN TOYYIBAH..

Ia bukan sebuah perjuangan syarikat persendirian,

Ia bukan sebuah perjuangan individu-individu yang tertentu yang hanya berkepentingan,

Ia bukan sekadar mencari yang HALAL dan yang TOYYIBAH,

Tapi,ia berkisar membentuk hati dan diri yang tunduk akan Allah di setiap detik ketika...

“Let us understand and act!!”

_____________________________________________________________________

FOKUS!!

Ramadhan datang lagi,

Ia bukan sekadar makan dan minum.Ia usaha menggembling TAQWA.Biar nanti latihan sebulan ini jadi sebuah medan dan madrasah yang benar2 mengajar dan mendidik jiwa-jiwa insan beriman melembutkan hati mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Peringatan dan Tazkirah buat Saya,kamu,anda dan mereka.

Salam Ramadhan Kareem.Allahu Akram.