Friday, August 19, 2011

EPISOD 4 : Ramadhan Datang lagi!!






O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous


Jadi imam dan memberi tazkirah di surau. Usai dari tarawikh ada sedikit moreh yang disediakan.

Orang itu : “Berapa orang ade kat rumah ??”

Orang ini : “ Er,ade dalam 6 ke 7 orang “

Orang itu : “Nah!!”

Pulang bawa seplastik kuih dan nasi dagang.

Menghantar sms kepada housemate.“ GHANIMAH “.Ringkas.

Jem!!

_______________________________________________________________________

Ramadhan datang lagi..

Maka,sekali lagi persoalan tentang menahan perkara HARUS iaitu makan dan minum di siang hari dan segala perkara yang boleh membatalkan puasa berdendangan .

Nafsu dan selera makan dan minum yang bermacam ragam dihentikan seketika di bulan ini.

Berehat bererti mendidik..

Berehat bererti mentarbiyah..

Agar bisa nanti nafsu ini jadi NAFSU MUTMAINNAH..yang tenang dan damai..baru nanti aman dalam menemui RabbNya. Malah jiwa yang tenang ini dialu-alukan kedatangannya oleh KhaliqNya yang terlebih merindui padanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERHATI-HATI

Tragedi makanan moreh malam pertama Ramadhan tempoh hari pasti diingati oleh kami semua, sebuah pesanan ringkas yang padat.

Peristiwa ROTI NAN kalau diulang-ulang sebut oleh housemate saya pasti tergelak besar,masakan tidak baru beberapa hari sudah sebelum memasuki Ramadhan kami mengetahui tentang pekerja-pekerja sebuah restoran HALAL popular di kuantan yang didalamnya terdapat pekerja pelbagai Agama.

Tiba-tiba salah seorang dari kami dijamu moreh dengan ROTI NAN tersebut..Ah,pasti menyedihkan!!

Dan ,dalam masa yang sama GUGUR sebuah kepercayaan.

Juga datang sebuah keraguan.Ini hanya satu kes, agak-agak adakah lagi kes serupa ini yang bakal dijumpai.??

Teringat semula kata-kata ayah ketika kami sekeluarga sedang makan bersama.

“ Tuan-tuan guru dan orang-orang alim,mereka amat menjaga sumber dan tempat makanan mereka. Tak akan makan di kedai orang-orang yang tak solat “

Itu baru mereka yang tidak bersolat..yang fasiq..Bagaimana pula dengan yang bercampur halal haramnya??

Dan Ramadhan ini sebagai sebuah medan muhasabah..

_______________________________________________________________________

PERHALUSI

Ramadhan datang lagi,

Makanan dan minuman yang dimakan setiap kita harus diselidiki dan diketahui seboleh mungkin akan asalnya,sumbernya dan keadaan manusia yang membuatnya.

Mangapa??

Kerna

1) Ia menjadi darah daging,setiap makanan kemudian bertukar menjadi tenaga..

Yang digunakan untuk menggerakkan amal dan ibadah.

Langsung,jika makanan yang dimakan seharian oleh kita sumbernya bercampur halal dan haram,syubahah..Bagaimana mungkin anggota badan yang memperoleh tenaga dari makanan mahu TAAT kepada Allah!!

makanan yang dimakan tidak mematuhi Allah, natijahnya : kurangnya BARAKAH……..

Lalu,amal ibadahnya menjadi lembab dan malas ,kesannya : Kurangnya BARAKAH…..

Dan kesannya yang terburuk…….AKHLAQ,AKHLAQ,AKHLAQ!!!!!!...

Akhlaq Mazmumah terpamer!

Allahu Robbi.Na’uzubillahi min zalik.

Mengapa lagi??

Kerna

2) ia menjadi darah daging di setiap sel-sel tubuhmu,dan ia juga kelak akan disalurkan kepada GENERASI sesudahmu.anak-anak dan cucu dari kerturunan mu.

Sedarilah dan Fahamilah

Kenapa Islam menggariskan HALALAN TOYYIBAH..

Ia bukan sebuah perjuangan syarikat persendirian,

Ia bukan sebuah perjuangan individu-individu yang tertentu yang hanya berkepentingan,

Ia bukan sekadar mencari yang HALAL dan yang TOYYIBAH,

Tapi,ia berkisar membentuk hati dan diri yang tunduk akan Allah di setiap detik ketika...

“Let us understand and act!!”

_____________________________________________________________________

FOKUS!!

Ramadhan datang lagi,

Ia bukan sekadar makan dan minum.Ia usaha menggembling TAQWA.Biar nanti latihan sebulan ini jadi sebuah medan dan madrasah yang benar2 mengajar dan mendidik jiwa-jiwa insan beriman melembutkan hati mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Peringatan dan Tazkirah buat Saya,kamu,anda dan mereka.

Salam Ramadhan Kareem.Allahu Akram.

Tuesday, June 7, 2011

EPISOD 3 : Bicara Mono & Kiki pada Pagi Hari




Demi waktu Dhuha


EPISOD 3

Iradah Allah. Bangun atas Allah yang mengkehendaki . Allah yang mengizinkan mata segera bangkit tinggalkan dunia beradu terulit mimpi segar indah. Bangkit dengan seribu rasa. Berwuduk dan membersih diri. Menghadap Sang Pencipta. Qiyam.!!! Qiyam!!!. Qiyamulalila illa Qolila.!!! .

“ Ya Abnaul Harakah, Qiyamulaila illa Qolila !!!”

Biar sedikit, biar kecil, yang dihitung bukan kesannya tapi usaha-usaha yang kau pasakkan agar ia jadi istiqomah. Berterusan. Jadi amal dan bakti buat top up pahalamu dan mengurangkan dosa maksiat yang kau lazati tiap hari.

Tahajud, Taubat, hajat biar jadi kawanan dan sahabat sejati berdampingan dengan kau tiap 2 pertiga malam. Bukan bantal selimut kau kejari. Bukan pijamas dan sweater tebal yang kau uliti. Tinggalkan!!!..Biar menghadap Robbi Izzati.

Gemersik syahdu bacaan Imam Zainuddin cemerlang menyentuh cecuping telinga memasuki hati-hati yang terlalu merindukan perjumpaan dengan Rabbnya. Walau tahu terpalit segala macam karat-karat dosa maksiat tak terputus sejak muda hingga ke tua.

Bicara Azab dan siksa menjejak-jejak hati. Lalu hati jadi insafi, hati jadi kendur.Takut. Entah bagaimana rupanya azab Allah yang asyik-asyik diingatkan guru-guru Alim.

“Ya Allah, kalau kami tak bisa melihat azabMu di dunia, jangan kau bagi izin untuk kami melihatnya di Akhirat. Amin Ya Rabb”.

Bersandar di tiang Masjid Afzan sambil bibir lembut dengan bacaan Ma’-thurat. Memerhati dan memeperhalusi setiap manusia-manusia soleh yang berterusan membuat amalan-amalan di masjid.

Ada yang mentadabbur Kalamullah, yang berzikir dan berwirid panjang. Ada yang duduk bertafakur dalam ketenangan. Nyaman, meskipun tidak mampu membuat sehebat mereka, cukup dapat melihat memberi kepuasan.

Kawanan burung bersiulan memuji kebesaran tuhan di pagi penuh keceriaan. Sahut-sahutan Katak dan Sang Cengkerik menggegar-gegar Alam dengan Tahmid dan Tasbih, bukti kesyukuran atas masih diwujudkan di alam ini.

Sedang manusia yang masih sedang lena nyenyak tidur berpelukan bantal dan dihiasi selimut tebal patut amat sangat malu dan segan. Sedang Sang Khalifah yang lebih besar tanggungjawabnya lebih terlewat dan lambat bangunnya diulit mimpi daripada makhluq lain yang dipimpin. Astaghfirullah.

Bunyi-bunyi deras motor dan kereta membelah kesunyian fajar. Yang bertandang ke masjid dan surau. Kadang ada pula yang baru pulang usai kerja lewat malam. Tak lupa yang bercandak berdangdut selesai berpesta pulang tika subuh menjelma. Astaghfirullah.

Ketukan-ketukan dan panggil-memanggil si ketua keluarga ibu dan ayah kepada anak-anaknya agar tunaikan kewajiban sang pencipta. Cerita bagaimana baginda Rasul SAW mengejutkan Ahlu Bayt keluarga Ali dan Fatimah terdendang semula. Langsung ingatan ini menjelma tika Ayah mengejut tegas dan ibu membantu memujuk lembut. Memori ini memori tarbiyah seorang anak. Dipaksa untuk dibangunkan, mengejar waktu subuh. Walau dingin, sang anak melangkah longlai. Kadang terlelap di dalam bilik air, sejuk terlalu air kolah itu masih terasa membingit ke tulang sum-sum.

Kini, bangun paginya sendiri, mencipta kehidupan dewasa yang sendiri, berjalan bertapak atas kaki sendiri, Pahit-pahit pun, sesukar manapun, perlu digagahi, kelak akan jadi seorang insan yang berdedikasi. Dunianya sendiri, tanpa ibu dan ayah yang jauh di kampung.

Kalau kita berdisiplin pada Agama,insyaAllah yang lain kan menyusul tiba.

___________________________________________________________________

BICARA MONO DAN KIKI

" Kabus-kabus, kabut-kabut, kelam-kelam , gelap-gelita, terang2, kembali ceria..SubhanAllah..Kuasa Allah "

Coret-mencoret tanpa disedari waktu dhuha menghampiri, solat sebentar sambil mencari-cari lukisan hidup pada hari ini. Apa yang tergambar dalam kotak monifikasi minda. Apa warna yang ingin digunakan dalam mencanting batik-batik perjalanan kehidupan.

Kira-kira pada hari ini, ada kewajipan yang patut diutamakan, ada sunat mu’akad yang perlu dibereskan, ada masaalah ummat yang perlu didahulukan.

Kehidupan menjadi asbab penerusan perjalanan mencari redha Allah. Ada redha Allah pada tiap-tiap makhluqNya. Dampingi Sofiyun,Mujahidun, Ulama-ulama’,Para Alim, guru-guru. Ah, kehidupan ini memang ni’mat terhebat.

“ Ah,lihat tu,sang suria yang jingga menyinar ceria, kemas dan malu-malu pancarannya” Kiki menarik perhatian.

“ Mungkin tersegan sang suria bila kenangkan masih ramai ummat belum bangun tunaikan solat fajar yang fardhu ‘ain. Sedangkan waktunya sudah luput “ Ngomel Mono sendirian.

Senyum-senyum pagi ceria, bangun berhamdalah bacaan bangkit dari lena. bukti bahagia masih diberi nyawa. Ertinya you got another chance. Ah,syukur tak terkata!!!!

Masih ada peluang berubah jadi lebih baik!!!

Masih ada peluang untuk jadi lebih soleh!!!

Masih ada peluang jadi hambanya yang Taat!!!

Masih ada peluang untuk berbakti pada ibu Ayah!!!!

Masih ada peluang untuk mencanting lagi lukisan hidup dengan Lukisan Agama !!!

Jeritlah sekuat rasa seikhlas kata....AKU NAK JADI BAIK!!!!!!!!!

Alhamdulillah!!!!...masih lagi muslim!!!

Dan perut mulai berkeroncong. Kiki dan Mono mencari-cari sesuap rezeki. Sampai bertemu lagi pada bicara Mono dan Kiki. Selamat jalani hidup anda dengan keseronokan mencari redha Ilahi!!!!amin..

_____________________________________________________________


Orang Ini : “ er,kak, minta beehoon goreng satu “

Orang itu : “ lauknye sambal ikan tongkol ke??“

Orang ini : “ Ya tepat sekali kak !!! Terima kasih “

Orang itu ; " sama-sama,dah tentulah tahu kalau kamu selalu makan disini "

____________________________________________________________

Habis bicara Mono Kiki. Semoga termotivasi ya!!!!