Friday, January 13, 2012

EPISOD 7: pulanglah ke Kampung


picture from http://malaysiabudgethotel.com/transportation/coaches-buses.html





Orang ini : “ Balik kampung ke? Berdua je?Naik bas?‘’

Orang itu : “ A’ah.hehe”

Orang ini : “ Fuhh..romantik siot..haha ”

Orang itu : biasalah..hehe (senyum)

Dialog dengan my parents.
_________________________________________________

Terjaga dari tidur. Bas tengah berhenti sebentar.

“Ha? Kat mane ni?? Jam 8.10 malam,Aiseh, tak solat lagi ni..”

Turun dari bas. Jumpa konduktor bas.

“Bas lambat lagi tak berhenti kat sini? “

“ kenape?? “ agak kasar.

“ nak solat jap.bleh? “

“ ha! Cepat sikit ! “

Berlari dengan laju giler kat surau dan solat..fuhh.. letih…
Entah khusyuk berlari pergi ke mana,janji solat dulu.

Berlari pulak naik bas. Lega dapat solat tapi memang tak puas hati sebab tergesa-gesa solat tadi.

_________________________________________________________

“ kau ade blog ? “ Tanya Ayah

“ kau tulis sikit pasal drebar(driver) bas. Peluang yang diorang boleh dapat kalau diorang mudahkan orang yang naik bas untuk sembahyang ”



IMPIAN SEORANG MUSLIM

Inilah sebuah impian seorang muslim di Negara ini. Impian yang diharapkan menjadi kenyataan. Impian yang juga diiringi setangkai doa.

Saya yakin impian ini juga dikongsi anda diluar sana. Hati-hati yang ingin melihat keselesaan ibadah diluaskan dan diutamakan dalam tiap aspek kehidupan.

******

Ramli bin Ngah membetulkan kerusinya.

“ Testing, testing cubaan suara..dah cukup orang ke? “ Ramli bertanya penumpang bas sambil membetulkan microphone.

“ Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan,saya Ramli bin Ngah, insyAllah akan mengetuai musafir tuan-tuan dan puan-puan balik ke kampung tuan-tuan”.
“ sebelum kita berlepas seeloknya kita mulakan dahulu dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah “

Usai bacaan al-fatihah, ramli menyambung bercakap.

“ Insya Allah perjalanan kita ke Melaka pada petang ini akan mengambil masa lebih kurang 5 jam, bagi para penumpang yang muslim, saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan untuk berniat musafir dan seterusnya marilah sama mengaminkan bacaan doa musafir “

Kemudian Ramli duduk. Memasang cd Maher Zain.

Perjalanan bermula.
“ Bismillah. “ bisik Ramli.
Jam di tangan 7.15 malam. Perjalanan yang bermula jam 6 petang itu telah sampai di Muadzam Shah. Ramli memberhentikan bas.

“ Tuan-tuan, untuk pengetahuan dah masuk waktu solat maghrib, saya cadangkan kita berhenti berehat dan bersolat jama’ dan qasar di surau di R n R. InsyaAllah kita solat secara jemaah ye..banyak barakahnye.


Allahu Akbar ! “


Ramli mengangkat takbir. Mengimami solat bersama penumpang-penumpang bas ekspres MBL 5662.

“ Ya Allah,mudahkan perjalanan kami untuk pulang ke halaman rumah tercinta kami “ doa Ramli Ngah yang diselitkan sekali dalam doa selepas solat.

__________________________________________________

Sejuk hati kan?? Rasa redup je kalau ade driver bas mcm ni..

macam mimpi?? Eish, boleh je sebenarnye..

just kita perlukan..

KEFAHAMAN….

KESEDARAN….

TINDAKAN……..

Saya yakin..anda???

Ini cebisan hati seorang lelaki muslim yang ingin melihat Negaranya sebuah Negara islam yang praktikal amalinya islam itu disokong dan didokong oleh segenap lapisan masyarakat..

termasuk seorang driver bas

Kalau anda ingin pulang ke kampong menaiki bas, ada pilihan antara syarikat bas orang islam tapi tak berhenti semasa waktu solat jumaat dengan menaiki bas syarikat non-muslim yang berhenti ketika solat jumaat di masjid ketika perjalanan. Yang mana satu anda akan pilih untuk naik???


Tepuk dada tanyalah iman ye.

Thursday, August 25, 2011

EPISOD 6 : Bicara Mono dan Kiki pada 10 malam terakhir

Picture by sarpmurat of devianart


Alim berpesan dunia sementara
Cari bekalan selagi berdaya
Agar tak menyesal tika di sana
Agar betah bertemu Rabbnya

“SALE 70%”

“jualan Ramadhan”

“Jom Raya Sakan”

Kuantan. Tawaran istimewa yang bertaburan menghiasi alam bisa melelehkan air liur penduduk kota.

Mata juling menyinga melihat iklan-iklan berjejaran kanan dan kiri. Kecur,dalam hati. Teringin.

“perghhh…Raya setahun sekali,takpa kot..”

Tewas. Kalah dengan keinginan. Memborong di pasar raya.

Tak kira yang tua, yang muda apatah lagi..Yang berduit apatah lagi lemas dalam keasyikan bazar dan pasaraya. Bersesak dalam tsunami jualan.

YANG MENANG

Pun,di tengah keraian itu ada segelintir yang laju langkahnya ke masjid dan surau..

Dibuang segala keinginan keruntuhan harga barang yang menghasut hati.

Bukan dicari duniawi
Yang dicari cinta sejati
Disana ada ilahi
Yang amat dirindui

Kelazatan tidur di atas tilam empuk disaluti selimut toto tebal yang masyuk ditinggalkan. Seolah-olah telah berjanji, Bingkas berlari dengan pakaian suci, beri’tikaf di rumah ilahi.

Melangkah dengan motor dan kereta sewal jam 11 malam malah ada yang terlebih awal lagu usai dari habisnya solat sunat terawikh,terpacak di tiang-tiang masjid.

Solat 2 rakaat.Zikir kumat-kamit.

Lantas kalamullah diambil,diselak sehelai demi sehelai,

mentadabur,

mengulang-ulang bacaan nya,

membaca tafsirnya,

“Dunia adalah permainan dan senda gurau” [QS. Al-Ankabuut (29): 64]

Dan lagi,

“Kesenangan yang menipu” [QS. Ali Imran (3): 185]
Dan lagi,

“ Kesenangan yang terbatas dan sementara” [QS. Ali Imran (3): 196-197]


hingga ia masuk ke hati,hingga ia bisa menceceskan air matanya.

Langsung, jiwa kehambaan membunga, rasa berdosa akan Rabb dan rasa berhutang akan segala kurnia dan lambatnya bersyukur menjerajah hati nurani.

Hati bermonolog :

“Allahu Robbi,ni’mat apa lagi yang aku kufuri??"



Siapa Yang Maha Penyayang?
Namanya Allah..
Siapa Yang Maha Pengasih?
Namanya Allah..


Hati Kembang kuncup. Laju. Dan perit, sebak.

Hidup selama ini tidak mengikut dustur ilahi, hidup selama ini bertuhankan Nafsu, beramalkan ma’siat.

“Aku Ahlu Sayyi’ah”


Lautan Maksiat enak direnangi
Terasa dunia bagai dimiliki
Terlupa dunia hanya mengisi
Amalan buat bertemu kembali.



Malu memikirkan betapa sombongnya diri akan segala keduniaan yang dipinjamkan oleh Yang Maha Baik, yang tak diatur dengan saksama.

Segan untuk berjalan dimuka bumi ini, masih ego dan bongkak. Sedang dahi kulit semakin berkedut dan sendi-sendi tulang semakin lemah. Kesedaran perlu digerakkan dan amal perlu ditambah.

BICARA MONO DAN KIKI


Malam tenang dengan cuaca amat baik. Tiada bau, tiada sejuk seperti yang disebut Al-hafiz dalam Fathul Bari. Adakah mungkin malam ini lailatul qadr ??

Cahaya matahari disiang hari itu cerahnya tidak terik seperti biasa. Ia lembut menyinar dan jatuh ke bumi.

“ Sungguh beruntunglah manusia yang menghidupkan malamnya dengan amal-amal dan menahan mengantuknya untuk menggapai pandangan Tuhannya “ Mono memulakan bicara sambil memerhati insan Robbani yang sedang masih khusyuk mengalun zikir-zikir rindu.

Kiki yang baru usai membaca Ratibul Hadad memerhati Mono.
“ Semoga kita juga bisa tergolong dalam senarai manusia berjaya dalam madrasah Ramadhan. Allahumma Amin

Tsumma Amin “ disambut Mono.

Masih berbaki beberapa hari untuk manusia merebut peluang sedia ada, ruang yang disedia dan keni’matan yang tak terkira.

Nun,disana Allah memuji-muji hambaNya yang bertungkus menambah amal dan ibadah.Kelak nanti Allah berbangga dengan mereka.

Hati dah makin cinta,
Pada sang Pencipta cinta
Ingin terus bercinta
Bertemu disana jadi cita-cita


Warkah untuk saya dan kamu dan kita.
Semoga terus termotivasi untuk Ramadhan !!



Saturday, August 20, 2011

EPISOD 5 : Mujahadah Linafsih!


Picture by circatomas05 of devianart




Orang itu : Assalamualaikum Tuan.

Orang ini : Wa’alaikumsalam.Ha?? Siapa ni ?ko datang nak buat ape ni?? aku dah la tengah ngantuk ni.

Orang itu : Saya Ramadhan, datang menjenguk tuan, saya nampak tuan lesu sangat.

Saya datang ingin mengkhabarkan kepada tuan,bahawa tuan

dijemput untuk menyertai kami di Ramadhan.

Pelbagai peluang dan ruang dibuka .

Pintu keampunan seluasnya!!..

Pintu ibadah selebarnya!!!..Marilah…

SELAMAT DATANG KE PESTA IBADAH!!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

NAFSU : LAWAN TETAP LAWAN

BERMUJAHADAH melawan nafsu.

Menyelusuri Muwasofat Tarbiyah. Salah satu dari ciri-cirinya adalah Mujahadah Linafsihi,bermujahadah dan bersungguh2 dalam melawan sesuatu yang memang diciptakan manusia dengannya di dalam diri. Ia diberi nama NAFSU..Ia MAJAL di dalam bahasa asrama saya di melaka dahulu yang bermaksud degil.

Dan Ramadhan, mengikut kitab Annasoihu Dinuyah Wal Wasoya Imaniyah,Nasihat Agma dan wasiat iman Karangan Imam Habib Abdullah Haddad ,bahawa di bulan yang mulia ini dirantai dan dimasukkan Syaitan di dasar lautan.Maka tinggallah kita dan Nafsu kita. Sedang syaitan tiada di bulan ini untuk menggoyah dan menghasut kita.

“Just we and our Nafs”

“Pertarungan Satu lawan Satu”

“Are we ready for it??”

“LAWAN TETAP LAWAN “

__________________________________________________________

Ramadhan yang dirasai makin cemerlang dengan perbincangan bersama sahabat2 tentang perkara kebaikan. Topik “Mujahhadah binafsihi “ jadi lantunan para penceramah dan pendakwah.

Ini medan Tarbiyah yang disediakan Gusti Allah kepada makhluqNya.

Pangkat natijah Taqwa jadi agenda utama dalam medan ini.

Ah,bagaimana ya mahu mengawal nafsu yang mencintai KELAZATAN???

Pointnya “Mujahadah“ untuk mampir kepada Allah.

BUAT YANG MENGHAFAZ QURAN

Menurut Al-Fadil Ustaz Bari yang terkenal sebagai seorang yang cukup Mashi dalam hafazan dan cukup tertib dalam bacaan quran menurut tartilnya

“untuk masyi quran perlu baca tengok 10 juzuk sehari. Baca dengan TAJWID “

Saya mencuba membaca sejuzuk dengan tajwid dan mendapati saya mengambil masa selama 35 minit.

35 minit x 10 juzuk = 350 minit

350 minit / 60 minit = lebih kurang 6 jam

“Keep up!!”

_______________________________________________________

SOROTAN SIRAH DAN SEJARAH

Menyelusuri sirah,sememangnya orang-orang yang memperjuangkan Agama Allah mereka telah pun MENANG ke atas nafsu mereka .Lalu kemenangan ke atas musuh mereka dipermudahkan Allah.

BADAR

Medan Badar Al-Kubro,menyaksikan bagaimana Barisan Muslimin tika itu yang sedang berpuasa,di tengah panas terik,kekurangan kelengkapan perang,kekurangan anggota tentera,mampir gagah mengalahkan tentera Musyrikin yang jauh lebih besar dan lengkap persenjataannya.

Mereka telah menjatuhkan terlebih dahulu nafsu yang sudah semestinya memujuk mereka agar tidak pergi berperang di bulan Ramadhan. Nafsu yang sudah pasti mengajak mereka agar gerun akan kekuatan musuh yang ramai dan hebat.Tapi mereka bermujahadah lalu kemenangan yang dijanjikan Allah muncul dihadapan mereka.

Teringat akan selawat Badar :



Rahmat dan keselamatan Allah,
Semoga tetap untuk Nabi Thaaha utusan Allah,
Rahmat dan keselamatan Allah,
Semoga tetap untuk Nabi Yasin kekasih Allah’

Kami berwasilah dengan berkah “Basmalah”,
Dan dengan Nabi yang menuniukkan lagi utusan Allah,
Dan seluruh.orang yang beriuang .karena Allah,
Sebab berkahnya sahabat ahli badar ya Allah

SOLAHUDDIN AL-AYYUBI

INGATlah tika mana Salahuddin ingin memilih barisan tenteranya yang akan dibawa ke medan peperangan,beliau telah berjalan malam memerhati aktiviti malam tiap khemah tenteranya, beliau memilih teteranya yang menghidupkan malamnya dan yang mengadu-domba keasyikan akan Sang Kekasih Allah yang sedia Maha Mendengar..

Yang dipilihnya menjadi “FRONT LINER of the battle” ialah :

Yang merintih dalam tahajudnya..

Yang mengadu dengan metadabbur kalamullah nya… …

Yang berdzikir menyebut2 dengan lantunan lembut kebesaran Nya…..

Lantas mereka yang melazimi ibadah ini yang dibawanya ke medan Al-QITAL..sedangkan secara logik aqalnya,yang tidur dan mendapatkan rehat secukupnya di malam harilah yang patut dibawa pergi kerana pekerja atau askar ini lebih tinggi PRODUKTIVITInya.Kelak ceria dan bertenaga menempuh porak peranda perang.

TAPI!!!!

Inilah hakikat orang-orang yang menuntut kemenangan dunia dan Akhirat..

Kemenangan DUNIA buat YANG DEKAT DENGAN Sang Maha Agung !!!

Kemenangan di AKHIRAT buat YANG MAMPIR DENGAN KhaliqNya !!!

Mengalahkan Nafsunya yang asyik ingin dibelai,

Menewaskan Nafsunya yang asyik ingin dimanja,

Langsung,Allah menghadiahkan mereka Kemenangan demi kemenangan.Bahkan kemenangan yang diperolehi sekali-kali tidak mendabikkan dada mereka,malah kembali sujud kepada Allah lantaran kurnia Allah yang tak berbelah bagi buat mereka.

Inilah antara Syarat kemenangan buat ummat Islam,buat gerakan Islam,MENGALAHKAN NAFSU demi MENAMBAH JARAK UNTUK MENDAMPINGI ALLAH.

Marilah,bangunlah,Bangkitlah,tinggalkan perkara yang lazat itu,jauhkan segala yang mengulit dirimu,dan dunia yang acapkali menenggelamkan kamu dari memperingati Allah.Ke arah medan TARBIYAH ini.

Tinggalkan sikap NORMAL kita yang selalu meLAYAN Nafsu kepada sikap ABNORMAL meLANYAK Nafsu.Dan istiqomahkan ia hingga ia jadi sikap yang NORMAL walau bukan di bulan Ramadhan.

Agar nanti nafsu kita akan jadi Nafsu yang sudah bersedia untuk berjumpa kekasih kita Allah,dalam keadaan yang aman,tenang dan mendamaikan.

“NAFSU AL-MUTMAINNAH”

May Allah ease our ways..Amin

Ramadhan Kareem.Allahu Akram.

" Ramadhan semakin berlalu,
Jangan kau lesu,
Ramadhan semakin melaju,
Jangan kau layu.
Ya Allah kuatkanlah aku,
gagahkanlah aku dalam menyelusuri jalan ke arahmu "

“Salam Lailatul Qadar “