Saturday, August 20, 2011

EPISOD 5 : Mujahadah Linafsih!


Picture by circatomas05 of devianart




Orang itu : Assalamualaikum Tuan.

Orang ini : Wa’alaikumsalam.Ha?? Siapa ni ?ko datang nak buat ape ni?? aku dah la tengah ngantuk ni.

Orang itu : Saya Ramadhan, datang menjenguk tuan, saya nampak tuan lesu sangat.

Saya datang ingin mengkhabarkan kepada tuan,bahawa tuan

dijemput untuk menyertai kami di Ramadhan.

Pelbagai peluang dan ruang dibuka .

Pintu keampunan seluasnya!!..

Pintu ibadah selebarnya!!!..Marilah…

SELAMAT DATANG KE PESTA IBADAH!!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

NAFSU : LAWAN TETAP LAWAN

BERMUJAHADAH melawan nafsu.

Menyelusuri Muwasofat Tarbiyah. Salah satu dari ciri-cirinya adalah Mujahadah Linafsihi,bermujahadah dan bersungguh2 dalam melawan sesuatu yang memang diciptakan manusia dengannya di dalam diri. Ia diberi nama NAFSU..Ia MAJAL di dalam bahasa asrama saya di melaka dahulu yang bermaksud degil.

Dan Ramadhan, mengikut kitab Annasoihu Dinuyah Wal Wasoya Imaniyah,Nasihat Agma dan wasiat iman Karangan Imam Habib Abdullah Haddad ,bahawa di bulan yang mulia ini dirantai dan dimasukkan Syaitan di dasar lautan.Maka tinggallah kita dan Nafsu kita. Sedang syaitan tiada di bulan ini untuk menggoyah dan menghasut kita.

“Just we and our Nafs”

“Pertarungan Satu lawan Satu”

“Are we ready for it??”

“LAWAN TETAP LAWAN “

__________________________________________________________

Ramadhan yang dirasai makin cemerlang dengan perbincangan bersama sahabat2 tentang perkara kebaikan. Topik “Mujahhadah binafsihi “ jadi lantunan para penceramah dan pendakwah.

Ini medan Tarbiyah yang disediakan Gusti Allah kepada makhluqNya.

Pangkat natijah Taqwa jadi agenda utama dalam medan ini.

Ah,bagaimana ya mahu mengawal nafsu yang mencintai KELAZATAN???

Pointnya “Mujahadah“ untuk mampir kepada Allah.

BUAT YANG MENGHAFAZ QURAN

Menurut Al-Fadil Ustaz Bari yang terkenal sebagai seorang yang cukup Mashi dalam hafazan dan cukup tertib dalam bacaan quran menurut tartilnya

“untuk masyi quran perlu baca tengok 10 juzuk sehari. Baca dengan TAJWID “

Saya mencuba membaca sejuzuk dengan tajwid dan mendapati saya mengambil masa selama 35 minit.

35 minit x 10 juzuk = 350 minit

350 minit / 60 minit = lebih kurang 6 jam

“Keep up!!”

_______________________________________________________

SOROTAN SIRAH DAN SEJARAH

Menyelusuri sirah,sememangnya orang-orang yang memperjuangkan Agama Allah mereka telah pun MENANG ke atas nafsu mereka .Lalu kemenangan ke atas musuh mereka dipermudahkan Allah.

BADAR

Medan Badar Al-Kubro,menyaksikan bagaimana Barisan Muslimin tika itu yang sedang berpuasa,di tengah panas terik,kekurangan kelengkapan perang,kekurangan anggota tentera,mampir gagah mengalahkan tentera Musyrikin yang jauh lebih besar dan lengkap persenjataannya.

Mereka telah menjatuhkan terlebih dahulu nafsu yang sudah semestinya memujuk mereka agar tidak pergi berperang di bulan Ramadhan. Nafsu yang sudah pasti mengajak mereka agar gerun akan kekuatan musuh yang ramai dan hebat.Tapi mereka bermujahadah lalu kemenangan yang dijanjikan Allah muncul dihadapan mereka.

Teringat akan selawat Badar :



Rahmat dan keselamatan Allah,
Semoga tetap untuk Nabi Thaaha utusan Allah,
Rahmat dan keselamatan Allah,
Semoga tetap untuk Nabi Yasin kekasih Allah’

Kami berwasilah dengan berkah “Basmalah”,
Dan dengan Nabi yang menuniukkan lagi utusan Allah,
Dan seluruh.orang yang beriuang .karena Allah,
Sebab berkahnya sahabat ahli badar ya Allah

SOLAHUDDIN AL-AYYUBI

INGATlah tika mana Salahuddin ingin memilih barisan tenteranya yang akan dibawa ke medan peperangan,beliau telah berjalan malam memerhati aktiviti malam tiap khemah tenteranya, beliau memilih teteranya yang menghidupkan malamnya dan yang mengadu-domba keasyikan akan Sang Kekasih Allah yang sedia Maha Mendengar..

Yang dipilihnya menjadi “FRONT LINER of the battle” ialah :

Yang merintih dalam tahajudnya..

Yang mengadu dengan metadabbur kalamullah nya… …

Yang berdzikir menyebut2 dengan lantunan lembut kebesaran Nya…..

Lantas mereka yang melazimi ibadah ini yang dibawanya ke medan Al-QITAL..sedangkan secara logik aqalnya,yang tidur dan mendapatkan rehat secukupnya di malam harilah yang patut dibawa pergi kerana pekerja atau askar ini lebih tinggi PRODUKTIVITInya.Kelak ceria dan bertenaga menempuh porak peranda perang.

TAPI!!!!

Inilah hakikat orang-orang yang menuntut kemenangan dunia dan Akhirat..

Kemenangan DUNIA buat YANG DEKAT DENGAN Sang Maha Agung !!!

Kemenangan di AKHIRAT buat YANG MAMPIR DENGAN KhaliqNya !!!

Mengalahkan Nafsunya yang asyik ingin dibelai,

Menewaskan Nafsunya yang asyik ingin dimanja,

Langsung,Allah menghadiahkan mereka Kemenangan demi kemenangan.Bahkan kemenangan yang diperolehi sekali-kali tidak mendabikkan dada mereka,malah kembali sujud kepada Allah lantaran kurnia Allah yang tak berbelah bagi buat mereka.

Inilah antara Syarat kemenangan buat ummat Islam,buat gerakan Islam,MENGALAHKAN NAFSU demi MENAMBAH JARAK UNTUK MENDAMPINGI ALLAH.

Marilah,bangunlah,Bangkitlah,tinggalkan perkara yang lazat itu,jauhkan segala yang mengulit dirimu,dan dunia yang acapkali menenggelamkan kamu dari memperingati Allah.Ke arah medan TARBIYAH ini.

Tinggalkan sikap NORMAL kita yang selalu meLAYAN Nafsu kepada sikap ABNORMAL meLANYAK Nafsu.Dan istiqomahkan ia hingga ia jadi sikap yang NORMAL walau bukan di bulan Ramadhan.

Agar nanti nafsu kita akan jadi Nafsu yang sudah bersedia untuk berjumpa kekasih kita Allah,dalam keadaan yang aman,tenang dan mendamaikan.

“NAFSU AL-MUTMAINNAH”

May Allah ease our ways..Amin

Ramadhan Kareem.Allahu Akram.

" Ramadhan semakin berlalu,
Jangan kau lesu,
Ramadhan semakin melaju,
Jangan kau layu.
Ya Allah kuatkanlah aku,
gagahkanlah aku dalam menyelusuri jalan ke arahmu "

“Salam Lailatul Qadar “