Sunday, May 29, 2011

EPISOD 1 :For you my brothers and sisters!!


{“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari) "}


EPISOD 1 : FOR YOU MY BROTHERS AND SISTERS

Menyelusuri jalan ke Teluk Cempedak di subuh hari tika manusia sedang nyenyak tidur memang menyeronokkan. Apa tidaknya saya boleh melanggar lampu isyarat merah di tengah2 bandar berdekatan dengan East Coast Mall dengan sewenang2nya yang mana sudah lama saya idam-idamkan untuk membuatnya.Tiada kenderaan,jadi tiada gunanya menunggu.Begitu ijtihad yang saya pakai.

Suasana dingin yang menyelubungi diri dengan bayu pagi dihangatkan dengan adanya pembonceng di belakang. Sahabat saya Farhan, saya bawakan bersama untuk program pada pagi itu, Kuliah Subuh bersama2 adik2 di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah.

Farhan yang barangkali keletihan melakukan aksi merbahaya, nyenyak pula tidur di belakang saya, patutlah dipanggil2 tidak menyahut.

Seperti biasa,Farhan sentiasa menceriakan.

”Sedap plak tidur aku,bahaya doh”..”haha” lawak pagi buta.

Saya menghiburkan diri sambil memandu MBU 6325 dengan menyanyi sorang2 dan tasmi’ quran.Ya,dah tentulah suara saya bukan sehebat senior DQ Ustaz Abdullah Fahmi,juga bukan sehebat Justin Bieber, tapi cukuplah saya memuji saya memiliki suara yang mampu menghiburkan saya sendiri..haha..(siapa lagi nak puji kita klu bukan diri sendiri kan??)

“Ustaz ya??” Soal pak guard dengan wajah tersenyum.

“Er,Ya..”kaget dengan panggilan (Ustaz) itu.

Setelah dipelawa masuk, jam menunjukkan lebih kurang 5.15 pagi ketika kami tiba di perkarangan Rumah kanak-kanak, sudah kedengaran hingar bingar di kawasan surau.Bunyi kanak-kanak menjerit2 dan diselang-seli dengan bunyi ketukan pagar,dan segala macam. Rupanya mereka sedang dikejutkan oleh Kak Siti atau gelarannya disitu Ibu Siti.

Saya menyapa kak siti yang sedang memanggil dan menyuruh adik2 untuk bangun mandi. Dia mempelawa masuk ke dalam surau. Kelihatan beberapa orang adik-adik terpinga-pinga melihat saya dan Farhan.

“Eh,ada Ustaz baru lah..”

Saya tersenyum.Farhan apatah lagi,dia mengakui tak biasa dengan panggilan Ustaz tu..Ustaz Farhan..smart!!.

LAGU INI UNTUK KAMU ADIK-ADIK KU

“Bangun Pagi,Gosok Gigi, Cuci Muka dan mandi”

“Pegi Sekolah,Naik Lori..................????”

"Eh,sape pg sekolah naik lori tu???cuba angkat tangan.."

Hahahaha....Mereka ketawa sakan...

Saya menyuruh mereka nyanyikan lagu Bangun Pagi..

“Bangun Pagi,Gosok Gigi, Cuci Muka dan mandi”

Alhamdulillah,Allah memberi idea untuk meng’edit secara illegal lagu ini untuk tatapan adik2 saya.

“BANGUN PAGI,GOSOK GIGI,CUCI MUKA DAN MANDI”

“JANGAN LUPA WUDUK SEKALI,INGAT-INGAT ILAHI “

Kanak-kanak,orang tua,atau sesiapa sahaja amat sukakan muzik.Ia adalah suatu fitrah yang mengalir dalam jiwa kita. Amat sukakan sesuatu yang menghiburkan.

Teringat kata2 Syeikh Fattah dari kumpulan Debu

"Let every song we sing, and every verse, become like shining pearls and precious gems. Let each and every praise that we rehearse become for us in Eden diadems... Let all our songs of praise be just for You, and fill our hearts with love for what is true." (Shaykh Fattaah)

________________________________________________________________________________

ASAL MEREKA

"Adik-adik disini kebanyakannya mereka2 yang unwanted case “ Kak Siti berbicara

“ Maksud akak?” Tanya saya ketika sarapan usai Kuliah Subuh.

“ Perintah Mahkamah untuk dimasukkan disini,kes dera,kes bercerai ibu-bapa dan buang bayi.Ada yang yatim tapi tak ramai”

“ Oh,Lingkungan umur??”

“ Dari bayi sampailah ke 13 tahun, ada disini,Kanak-kanak perempuan yang besar ada yang berumur 17 tahun “terang Kak Siti.

Sesekali lalu adik2 perempuan.Lalu si tudung pink tersenyum.Saya balasi.Tudung oren melintasi melambai2.saya angkat tangan.

Mereka perlukan bimbingan agama dan itu yang perlu diajarkan dan sangat2 diusahakan oleh Ibu Siti. Terus-terang Ibu Siti memberitahu yang dia tidak cukup tenaga untuk menjaga kebajikan anak-anak disini,Bayangkan 167 orang dengan pelbagai ragam.

Mereka sedang meningkat naik.Perlu ditarbiyah dan diasuh sejak seusia ini.Agar besar jadi seorang yang berguna buat agama,Nusa dan bangsa.Siapa yang ingin mengambil peranan ini??

“Ibu!!Tak nak pegi sekolah,Kasut basah lah” Aisyah lalu mengadu pada kak Siti.

Tak nak pergi tuisyen,atau pergi sekolah suatu perkara biasa yang berlaku dalam jiwa kanak-kanak.Pelbagai alasan yang diberi.

Kerenah??sudah biasa ditempuhi oleh Ibu Siti.

“Kenapa tali kasut kau ikat macam tu??”Ibu Siti bertanya melihat kasut salah seorang adik yang ikatannya seperti ketupat.

“Ini seni”dijawab ringkas.

KEBAJIKAN APA YANG KAU PERJUANGKAN???

Rupanya kebajikan agama adik2 ini sangat2 terabai.kelas kafa tiada.hanya ada seorang Ustazah mengajar lebih 167 orang adik-adik disini.Sempat berkenalan dengan Ustazah Hajar.Mengajar Feqah dan sirah katanya .Berumur dalam 20an.Alhamdulillah,ada juga seorang yang saya temui disini.

“Kami tiada Imam untuk solat terawikh.ramadhan yang lepas,tiada solat terawikh buat adik-adik..Allahu Akbar,saya menghela nafas..Kasihan.

Terkenang ketika di DQ dahulu ketika manifesto para calon Pilihan Raya untuk PERKEMAT(Pertubuhan Kebajikan Pelajar Tahfiz).

Manifesto seorang calon.

“KEBAJIKAN YANG PALING UTAMA IALAH KEBAJIKAN BERAGAMA BAGI SETIAP INDIVIDU DISINI”

Ya,saya tertarik dengan manifesto ini,Ia menjadi subur di hati saya.Persoalannya,bagaimana dengan kebajikan agama bagi adik-adik ini.Apakah mereka akan survive dalam dunia yang pasti sedang menunngu untuk membaham mereka di luar tembok Rumah kanak-Kanak ini.

Rumah ini bernaung dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.Kebajikan mana yang diutamakan??

INSAFI

Saya,anda dan kita berpelajaran tinggi.Di IPTA dan IPTS, tapi kita amat jarang bersyukur dengan apa yang kita ada kerana kita tidak pernah melihat orang yang tidak cukup segalanya.Sebaliknya membanding dengan orang yang berada,apa yang belum kita penuhi tuntutan nafsu ini???

Saya,anda dan kita ada kelebihan diri masing2,sejauh mana kita gunakan ia untuk membantu sesama manusia??Mana perginya keintelektualan itu jika ia tidak disadur dengan amali praktukalnya dengan membantu sekadarnya bagi yang memerlukan.

Disini,ada ruang untuk berbakti,disini ada ruang untuk menginsafi,disini ada ruang untuk menjadi insani,disini ada ruang untuk kamu mengubah diri..

Ziarahi dan hulurkan tangan membantu mereka.

“SAMBUTLAH TANGANKU KAWAN,AKU TAKUT TENGGELAM”

“SAMBUTLAH TANGANKU KAWAN JURANGNYA SANGAT DALAM”

Disini,di Rumah Kanak2 ampuan Fatimah.

Orang itu : ustaz,ustaz ada lagi ke petang ni??

Orang ini : Ustaz kerja petang ni dik.(POSTING AT HTAA)

Orang itu : oo..(sayu)

Orang ini :Insyaallah lain kali kita akan jumpa lagi ye...(Juga sayu)

Terima kasih adik2,atas segalanya,anda memberi motivasi agar saya lebih menghargai setiap insan yang disekeliling saya. Terima kasih Ustaz farhan kerana sudi menemani.dan Ibu Siti serta Ustazah hajar,yang boleh saya katakan Guru kafa bagi adik-adik,Buat yang terbaik Ustazah. Jumpa lagi,InsyAllah