Monday, May 30, 2011

EPISOD MUQADDIMAH : Sebuah Tuntutan



Dan siapkanlah dirimu untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya..QS Al Anfal 60


EPISOD MUQADDIMAH : Sebuah Tuntutan

Saya membelek-belek Majalah Anis di kereta ayah.Baru dibeli.Gambar depan menunjukkan seorang Pilot Wanita Bertudung. Anggun dan tampak professional.

“ni senior KMM(Matrik) akak” ujar adik perempuan saya yang dah terbiasa menggelar diri akak sebab hanya seorang sahaja perempuan dalam adik-beradik kami 5 orang. A rose between beetles??.

“Bagus kan artikel-artikel tulisan mereka2 ni?.mantap tulisan diorang”ujar saya pada adik.

“Hmm,nak tulis sedikit mcam ni pun dah kena banyak bahan bacaan kena baca”.ujar adik.

Ya,menulis memerlukan bacaan yanag banyak sebelum kita melakukannya. Ia perlu ada isinya sebelum tangan laju menaip,sebelum dakwat mencanting kertas.

Ia juga memerlukan kesungguhan dan keazaman.Terus menulis dan menulis.

Saya kembali menulis.Mungkin itu yang patut dikatakan. Seorang sahabat mencabar..” aku nak apa yang dalam kepala ko ni,ko tulis dia,jadi dokumentasi”..

Saya menjawab “aku perlukan setiausaha..haha”

________________________________________________________________________________

INSPIRASI

“ Something had been inspired me to re-write back. To jump into this field again. “

Imam Hassan Al-banna ditanya mengapa beliau tidak menghasilkan tulisan-tulisan atau makalah buat tatapan ahli Ikhwan Muslimin. Maka jawapannya ‘’Aku tidak mencetak Kitab tapi aku mencetak manusia”

Itu Al-Imam Hassan Al-banna yang sangat berkesan peribadinya,ucapannya dan amalannya. Hingga bias mencipta dan mencetak manusia-manusia panduan dan pembimbing buat ummat. Amat jauh jika ingin dibandingkan dengan kita.

Membaca kitab Amal Islami, cukup mengesankan hati, tuntutan agar menyeru ke jalan Allah bersasarkan semua ummat melalui apa-apa sahaja medium adalah satu keperluan buat ummat.

Ya,kita tidak memiliki ilmu Agama yang mapan untuk berbicara tentang itu dan ini. Tapi setakat yang kita ketahui mengapa tidak kita sampaikan??Apa belum cukup tuntutan kalamNya Allah yang menyebut “Fazakkir!!”agar menyampaikan peringatan buat manfaat orang-orang yang beriman??Apa belum cukup sabdaan Rasul SAW yang tercinta agar menyampaikan walau sepotong ayat??

Ballighu ‘anni walau ayah

Seorang sahabat memberitahu .

“ Buatlah apa sahaja yang boleh demi memastikan Islam itu dapat dijulang tinggi “

Yang dikira Allah itu bukannya yang namanya kesan atau result. Tetapi yang dihitung Allah itu yang namanya Usaha.

Ya,usaha !!. Profile FB seorang sahabat ada menulis.

ISLAM ITU INDAH,
HIASI DIRI DENGAN KEINDAHAN ISLAM,
AGAR MEWANGI DI SYURGA NANTI..AMIN
AGAR TIDAK MENJADI KAYU BAKAR DI NERAKA JAHANAM..AMIN
WALAU TAHU DIRI HINA TAPI WAJIB USAHA...”

Saya tahu ketidakmampuan saya dan keterbatasan dalam menyampaikan semua perkara. Tapi buatlah walau sedikit setakat yang kita termampu.

Dalam Qawaid Fiqhiyyah ada menyebutkan ."Ma La yadruku Kulluh La yatruku kulluh"..Maksudnya Jika Tidak Boleh membuat Semua, Jangan ditinggalkan Semua.

Hmm,ada maksud yang patut kita fahami, patut kita insafi dan ambil iktibarnya.

_________________________________________________________________

PANDANGAN

Penulisan bagi saya adalah sebuah interaksi senyap. Penulisan juga adalah sebuah tazkirah halus. Ia juga sebuah pandangan yang dicanting. Ia terkadang menusuki hati tanpa disedari. Ia terkadang mengguris jiwa tanpa diketahui.

Justeru,andai ada yang ingin diteguri, silalah menghulurkannya. Ada ruangan chatbox tertera disisi. Ada facebook yang sentiasa terbuka untuk dikoreksi.

Menulis untuk sebuah tatapan buat ummat sekurang2nya ia jadi sebuah pahala yang berterusan.Andai tulisan ini bermanfaat pasti ia akan senantiasa jadi panduan.Jika tulisan ini tidak bermanfaat biar jadi sempadan kehidupan.

GROUP TAZKIRAH JALANAN

Anda kini di sini, di laman grouptazkirahjalanan.blogspot.com. Ia sebuah medan interaksi saya dan anda. Selamat Datang, Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum saya ucapkan. Teruskan membaca, mengkritik, menegur dan menasihati. Saya seorang yang amat mencintai teguran dan nasihat membina.

Saya namakan ia (GROUP) kerana saya pasti ia sebuah group untuk anda dan saya,berterusan kita saling berkongsi dan bertukar cerita. Ia milik Allah dipinjam buat kita semua. Selamat Membaca dan mengkritik.

P/s :- maafkan saya,entry Muqaddimah ini terlewat keluar.